Sejak mula bertrading hingga kini, saya sudah mencuba dan menggunakan pelbagai sistem trading menggunakan akaun live. Selalunya bercampur aduk kombinasi beberapa sistem yang saya pernah pelajari. Namun semakin lama, saya lebih suka menggunakan sistem yang simple dan chart yang tidak berkecamuk. Sudah tentulah tahap ini boleh dicapai hanya setelah melalui pengalaman dan pendedahan yang lama dalam bertrading. Cuba lihat setup chart saya sekarang ni.
Setup nya sangat simple, indicator yang ada hanyalah SMA21 untuk membantu saya cepat mengenal wave dalam bacaan EW. Teknik EW adalah yang paling utama saya gunakan. Sesekali saya turut gunapakai teknik chaos atau EMA crossing tetapi tetap memerhatikan fasa EW ketika itu.
Saya juga tidak terlalu menekankan pengiraan EW yang terlalu detail. Bagi saya sudah memadai jika saya kenal samaada itu fasa impulsive atau corrective dan menandakan critical level untuk saya masuk order. Dalam chart contoh di atas, horizontal lines yang ada di situ semuanya adalah penanda level yang penting. Jika price menembusi level itu, maka price akan meneruskan bearish. Sell sajalah, walaupun ada kalanya ada retracement yang seakan-akan menunjukkan bullish.
Pemilihan sesuatu sistem trading sebenarnya bergantung kepada kesesuaian personaliti kita. Kita kena kenal dan cuba beberapa teknik trading & akhirnya kita akan menggunakan yang kita paling faham dan selesa menggunakannya. Jika anda masih baru atau belum berjumpa sistem trading yang sesuai, teruskan pencarian. Insyaallah anda pasti berjumpa jika tidak putus asa mencarinya.

0 comments:
Post a Comment