Sunday, March 20, 2011

Sebelum Hadir Kelas

Saya mewujudkan satu kategori baru dilabelkan sebagai "Nota Forex" sebagai panduan kepada pembaca yang mahukan panduan dan ilmu forex secara lebih spesifik. Dalam entry yang pertama ini saya ingin berkongsi apa persediaan yang anda kena buat sebelum untuk menghadiri mana-mana kelas forex, tak kiralah anjuran saya atau  bersama trainer yang lain. Persediaan itu akan memudahkan anda memahami konsep trading online dan teknik trading semasa kuliah dijalankan. Anda kena ingat, kursus forex ni biasanya mahal yurannya jadi anda mahukan pulangan maksimum dan segera. Itu boleh berlaku jika anda buat sedikit homework dan buat persediaan sebelum hadir ke kelas.

1. Fahami konsep trading online & forex secara umum dahulu.

Ada banyak cara untuk dapatkan info itu, tetapi saya selalu anjurkan agar bermula dengan www.babypips.com kerana struktur nota yang diolah mengikut perkembangan karier seorang trader. Kalau anda dapat habiskan bahagian 'pre-school' itu pun sudah memadai. Andainya anda tidak selesa dengan nota dalam Bahasa Inggeris, anda boleh gunakan google translator.

Selain web babypips.com anda juga boleh dapat nota dan panduan di dalam forum-forum tempatan seperti nogold.com dan carigold.com. Saya sendiri tidak punyai thread dalam forum di internet kerana saya tidak banyak masa untuk mengupdate dan mengikuti forum itu. Jangan terkejut kalau anda dapati banyak posting di sana lebih kepada usaha marketing dan era menunjuk pandai. Bukan semua begitu, tetapi bila ada yg begitu saya jadi stress membacanya.

2. Beli buku berkaitan forex di kedai buku (MPH, Popular dll)

Ada beberapa buku dengan tajuk 'Forex Trading' yang dijual di kedai buku utama. Ada yang ditulis oleh trader Mat Saleh atau org seberang. Saya lebih menganjurkan anda beli buku yang ditulis oleh penulis seberang (Singapore) kerana bahasanya mudah difahami dan harganya pun sekitar RM50 sahaja. Walaupun saya sudah lama bertrading, namun saya tetap mempelajari sesuatu yang baru bila membaca buku 'basic' dalam trading ni. Jangan jemu dan teruskan menimba ilmu untuk maju dalam karier trading.

3. Belajar dari website broker.

Hampir kesemua broker ada menyediakan panduan dan webinar untuk mengendalikan platform trading. Bahkan ada juga yang menyediakan panduan asas (kelas basic) berkenaan trading walaupun anda hanya menjadi pelanggan 'demo account' sahaja. Kalau dah buka akaun, anda layak untuk deal yang lebih baik lagi. Ketika saya bermula dahulu offer sedemikian tidak ada, kini benda itu semacam wajib jika broker itu benar-benar mahukan biznes daripada kita.

Walaupun 3 perkara di atas mungkin akan melambatkan sedikit hasrat anda untuk buat duit dalam forex, tetapi melalui pengalaman dan pemerhatian saya, itu semua akan menjimatkan anda dalam bentuk kerugian wang ringgit dan turut sama meletakkan proses pembelajaran anda di landasan yang betul.

Selamat menempuh pengalaman dalam dunia trading.

0 comments: