Monday, May 10, 2010

Pentingnya Stop Loss

Assalamualaikum,

Lama juga tak mengupdate blog ini, bukannya sebab takde bahan nak diupdate tetapi idea dan bahan yang sama turut dipaparkan di blog dan forum forex utama yang lain. Tajuk ini juga sesuatu yang sudah biasa, ada yang mengatakan tajuk basi. Namun saya merasakan ia cukup penting untuk kita highlight untuk sekian kalinya.

Kenapa tajuk ini tiba2 menarik minat ramai orang... sebab ramai (jika tidak keterlaluan saya gunakan generalisasi ini) kena margin call pada hari Khamis 6 May 2010 yang lepas. Seluruh dunia panik kerana krisis kewangan di kalangan negara PIGS terutamanya Greece hinggakan Dow Jones jatuh hampir 10% pada satu ketika hari itu. Pair GJ bergerak 1200 pips, UJ 600 pips dan pair2 lain juga mencatat pergerakan luarbiasa pada hari tersebut.

Dalam pergerakan normal, biasanya orang bersangka baik kepada market. Jika kita tersalah arah dalam meletakkan order kita, takpelah yang floating tu kerana kerap kali price akan kembali semula ke tempat itu. Ketika saya menulis ni pun, price dah kembali (atau menghampiri) price sebelum pergerakan hari Khamis lepas. Masalahnya ialah akaun dah kena margin call, hehe.

Paling mengejutkan, ada yang tak letak SL sebab tak tahu bagaimana nak letakkan SL di platform MT4. Tak dapat nak nolong kalau camtu. Lain kali kita duduk sama, kita ulangkaji camne nak tentukan tempat SL, nilai SL yang sesuai dan apa impak SL ni kepada akaun dan jiwa kita.

Selamat meneruskan perjuangan..

0 comments: