Friday, February 12, 2010

Perkembangan terbaru

Assalamualaikum,

Lama tidak ada update di blog ini. Ada yang tanya, ada posting di blog lain ke? Ya dan tidak.

Ya, sebab saya sedang membangunkan beberapa blog CMS (content management sites) untuk projek online marketing. Semuanya masih dalam fasa awal lagi

www.wow-duit.com
www.pelancongan-malaysia.com
www.cikgusaha.com

Tidak ada blog baru berkaitan trading yang akan menggantikan blog cikguforex. Sayang nak buang tag 'cikguforex' ni, namun perubahan masa dan persekitaran memungkin perubahan itu terpaksa di buat. Saya merancang rebranding kepada nama cikgusaha pula.

Sejak berita BNM memberi amaran bahawa aktviti berdagang forex adalah satu kesalahan besar di Malaysia, maka saya mengambil pendekatan berdiam diri. Macam terencat juga aktiviti trading. Aktiviti kelas memanglah terus berhenti. Dalam berehat dan berfikir, kepala ligat berpusing memikirkan apa nak buat dalam tahun 2010.

Online Internet Marketing

Saya bertekat nak meneruskan cita2 untuk berjaya dalam internet marketing (IM), bidang yang saya lupakan sejak berkenalan dengan forex. Kalau dulu saya bergantung kepada Jamal untuk urusan website dan sebagainya, kini saya terpaksa buat sendiri. Saya sambil belajar kerja-kerja teknikal sambil mengaplikasikan strategi pemasaran. Memang ada banyak projek dalam pipeline IM ni. Usaha IM ni banyak terbatas oleh masa dan suntikan modal. Andai kata ada kawan2 yang berminat nak join dalam projek IM samaada sebagai rakan teknikal atau 'fund' kan sesuatu projek, bolehlah call saya untuk penjelasan lanjut.

Aktiviti Trading

Saya sedang mengkaji peluang trade instrument stock market USA pula sekarang ni. Nampak gaya ia lebih menarik berbanding forex. Ia lebih stabil dan bunyinya lebih professional. Sedikit disadvantage jika dibandingkan forex ialah kita perlu modal yang lebih besar untuk bermula. Minimum pun kena ada dalam USD2,000 untuk mulakan order.

Itu sahaja update yang saya dapat sampaikan buat ketika ini. Nak kembali menjalankan kerja2 setting blog content etc.

Wassalam.

0 comments: