Friday, January 22, 2010

Aktiviti Trading 2010

Assalamualaikum,

Bulan Januari 2010 sudah menghampiri ke hujungnya, bagaimana dengan prestasi trading anda bulan ni? Hari pertama trading dalam tahun ini kita telah dikejutkan oleh amaran keras oleh BNM, rujuk siaran media di SINI jika anda belum maklum perkara ini.

Sejak berita ni keluar, semua pemain forex terutamanya yang buat training dan iklankan servis forex secara terbuka terus memencilkan diri. Ada juga yang buat tak kisah contohnya web www.fxopen.com, kuasa forex dan beberapa broker chapter Malaysia masih lagi beroperasi seperti biasa.

Saya masih bertrading seperti biasa buat masa ni, sambil-sambil mencari peluang lain sebagai back-up sekiranya terjadi sekatan yang melampaui keupayaan kita. Ada kawan-kawan yang ambil peningkatan menggunakan e-currency seperti Liberty Reserve dan sebagainya. Saya neutral dan tak mahu beri komen keputusan menggunakan broker mana atau medium transfer yang mana satu.

Dalam kesempatan 'bertenang' ni saya ambil kesempatan belajar buat web. Contohnya, web MLMduniaakhirat.com telah berjaya saya install sendiri. Selama ni saya bergantung kepada Jamal untuk kerja berkaitan website dan mengupdate content di dalamnya.

Sehingga update yang akan dtg.. semoga anda berjaya dalam apa juga yang anda ceburi dalam tahun 2010 ini.

0 comments: