Assalamualaikum,
1) Preview Projek 90 hari
Ini lanjutan daripada posting saya sebelum ini berkenaan projek berjaya trading dalam 90 hari , saya menetapkan untuk mengadakan sesi preview berkenaan pada 2 Jan 2010 (Sabtu) jam 9.00 am di MyEjo Trader Zone, Danau Kota. Adalah diharapkan ahli komuniti yang berminat dapat hadir dalam sesi preview berkenaan. Jika ada yang tidak dapat bersama pada hari berkenaan, sila berhubung terus dgn saya untuk kita aturkan sesi alternatif.
2) Sesi live trading & bermalam di MyEjo
Sempena cuti sekolah yang panjang ni, saya dan beberapa ahli myejo bertrading sampai Subuh & bermalam di ofis myejo. Jika ada rakan2 lain yang berminat nak join, anda dijemput turut sama memeriahkan ofis ini sambil mendalami kemahiran trading. Sesi trading bermula jam 9.00 malam hingga 1.00 pagi. Selepas tu tidur hinggalah subuh. Selepas solat subuh kita bersurai sama ada ke ofis kerja atau pulang ke rumah saje.
Jika ada yang berminat silalah berhubung terus dgn saya atau saudara Rafiee. Caj RM50 dikenakan seorang /semalam utk kos overhead dan makan2.
p.s. - Kelengkapan tidur kena bawa sendiri.
- Offer ini hanya terbuka kepada ahli komuniti LELAKI sahaja.
0 comments:
Post a Comment