Thursday, December 24, 2009

Penghujung Tahun

Assalamualaikum,

Tahun 2009 sudah menghampiri penghujungnya dan 2010 akan menyapa kita beberapa hari lagi jika umur panjang.

Bagaimana dengan goals anda tahun 2009? Tercapaikah, berapa % yang dapat? Camne dgn goal dalam trading? Usaha nak jadi full-timer dah tercapai atau kena tangguh lagi kerana masih belum bertemu sistem ajaib menjana pips lagi. Walau apa pun hasil 2009, kehidupan dan perjuangan perlu diteruskan. Jika hasil trading anda belum memuaskan, jangan putus asa dan teruskan mengkaji dan muhasabah cara anda bertrading. Jika keputusan trading anda sudah baik, maka perbaiki lagi dan istiqamah dalam mengharungi dunia trading hari demi hari.

Bagi diri saya sendiri, trading dalam tahun 2009 ni ada naik dan turunnya. Permulaan tahun dulu saya agak baik tetapi tak tahu apa silapnya di pertengahan tahun, sistem breakout macam tak menjadi. Hampir 3 bulan juga tercari-cari makna diri dan sistem trading yang boleh dijadikan penyambung nyawa. Tak kan nak berhenti trading selepas dah jadi OTAI. Akhirnya saya jumpa semula diri saya dan trading menjadi enjoy seperti asalnya. Kini saya lebih 'bijaksana' mengharungi tempoh 'in the hole' dalam dunia trading. Pengalaman (dan pengajaran) paling penting yang saya perolehi semasa bangkit semula ialah:

1) kita kena kenal kembali siapa diri kita. kenalpasti kekuatan, kelemahan, kecenderungan dan apa sahaja berkenaan diri kita.

2) bila kita dalam kerugian bertrading, faktor penyebab ialah kelemahan psikologi kita. mungkin ada faktor sistem, tetapi itu tenggelam dalam kesesatan otak serabut kita.

Ayuh, kita muhasabah prestasi kita sepanjang 2009 dan mula merencanakan target 2010. Kalau tak tahu nak mula bagaimana, anda mungkin perlu sertai usrah pada 2 Jan 2010. Rujuk posting sebelum ini untuk detailnya.

Selamat bercuti dan selamat tahun baru 2010.

0 comments: