Sunday, December 27, 2009

EA (Robot) AMT

Assalamualaikum,

Akhir-akhir ini saya dikunjungi dan juga dihubungi oleh kawan dan rakan komuniti kita berkaitan kaedah baru buat duit dengan forex. Cara itu ialah menggunakan EA (Robot) dalam menguruskan trading akaun managed. Kumpulan ini katanya pusat gerakannya di Ampang. Program ini bertambah menarik kerana ada elemen MLM (referral) apabila pengelola berkongsi rebare dari broker FXCM untuk 10 level penajaan.

Ini pendapat dan pendirian saya berkaitan perkara ini:

Yang saya setuju..

1) Saya telah melihat prestasi EA ini untuk 2 minggu terawal bulan 12/2009. Memang nampak mengujakan, ia telah melebihi sasaran 20% seperti yang dijanjikan kepada palabur mereka. Namun saya sudah lama dalam industri ni dan sudah menyaksikan satu EA yang hebat dalam satu bulan tetapi telungkup dalam bulan yang berikutnya. Hanya masa yang akan menentukan keberkesanan dan konsistensi EA ini. Saya doakan ia berjaya kerana terlalu banyak duit orang melayu yang dipertaruhkan. Kalau rancur EA ni, ia akan turut memberi nama buruk kepada industri ini seluruhnya.

2) Saya setuju mereka menggunakan konsep akaun managed bagi akaun pelabur. Pelabur membuka sendiri dan mendepositkan terus kepada FXCM untuk setiap akaun mereka tu. Itu boleh mengelak unsur manipulasi dan penipuan oleh penganjur program.

Yang saya risau..

1) Prestasi EA ni mungkin tak menjadi dalam bulan mendatang. EA ni terdedah kepada manipulasi broker dan seribu satu kemungkinan di luar kawalan pelabur dan juga pengendali EA.

2) Mereka mempromosikan program ini secara keterlaluan, agresif hingga ke kampung-kampung. Orang melayu ni sangat suka melabur dalam apa sahaja bentuk program yang menjanjikan pulangan lumayan. DDDD. Kalau program ni hancur, sudah tentu akan menjejaskan reputasi dan kebebasan di kalangan pemain genuine seperti saya dan rakan-rakan di myejo.Banyak orang yang telah rugi melabur forex ni, tetapi sebelum ni kes yang kedengaran mungkin adalah terpencil. Tapi kalau satu program terlungkup, biasanya berjuta duit yang hilang. Kosmo atau Metro akan keluarkan cerita di mukadepan akhbar mereka. Bila itu terjadi, pastinya banyak laporan polis dibuat lalu menjurus kepada siasatan BNM dan SC.

Yang saya tidak setuju..

1) Orang yang mempromosikan pakaj pelaburan ni biasanya gagal menerangkan kepada prospek mereka risiko dan konsep pelaburan dalam forex. Ini pelaburan berisiko tinggi, boleh hilang duit dalam sekelip mata. Kalau pun pelabur itu banyak duit, jangan laburkan lebih 20% daripada nilai simpanan mereka. Itu had maksimum. Tapi takkan 'promoter' nak ikut pendapat itu kerana mereka menggalakkan orang melabur sebanyak yang mungkin. Lagi banyak dilaburkan, lagi banyak overiding yang mereka dapat.

2) Bila satu pelaburan berisiko tinggi (skim cepat kaya) dipromosikan dalam pakej MLM, ia akan mendapat publisiti dan menjemput orang yang tidak berkenaan ke dalam program itu. Mungkin ada orang yang berniat tidak baik akan mensabotaj program ini dari dalam. Harap-harap tidaklah begitu.

Walau apa pun, apa yang saya tulis di atas adalah pendapat saya sahaja. Jika anda telah melabur atau menerima kunjungan seseorang untuk mempromosikan AMT, anda tepuk dada sendiri untuk membuat keputusan. Duit anda, tanggungjawab anda sendiri.

0 comments: