Assalamualaikum,
Apa khabar semua, pembaca setia blog ini. Maaf kerana saya agak tenggelam timbul dalam arena online ni & perubahan tapak blog mungkin telah mengelirukan rakan-rakan sekelian. Ini kali pertama dalam tahun ini, saya mengupdate posting di blog ini dan insyaAllah inilah medium saya berkongsi maklumat dan ilmu untuk masa yang akan datang.
Beberapa perkembangan terbaru yang saya ingin sampaikan kepada warga pembaca blog ini:-
1.
Blog cikgusaha.com sudah tiada.
Blog saya sebelum ni www.cikgusaha.com telah saya biarkan 'mati' terus atas nasihat kawan-kawan seperjuangan. Sejak saya berkecimpung dalam dunia trading online ini sekitar 2006, kita sememangnya bergerak secara malu-malu kucing kerana senario perundangan dalam negara kita ni tidak mengizinkan kita terlalu 'open'. Walaupun ada yang bergerak secara agresif dalam dunia maya & iklan di media perdana, namun hati kecil masing-masing bertanya-tanya bila agaknya pihak berkuasa akan mula bertindak. Awal tahun lepas, BNM dalam kenyataan akhbar menekankan bahawa bertrading forex ni tetap menyalahi undang-undang Malaysia. Tapi amaran itu semacam tidak memberikan kesan kepada trader tegar di Malaysia dan kumpulan trainer & wakil broker yang utama di Kuala Lumpur ni meneruskan operasi seperti biasa.
Awal tahun 2011 ni pula, saya ada dengar cerita saudara Nasir Yaakob (kuasa forex) telah dipanggil oleh BNM atas kesalahan bertrading forex. Chit-chat dengan peserta kursus beliau mengatakan 'charge' siasatan itu bukanlah kerana beliau terlibat dalam forex tetapi kerana perkhidmatan kuasa forex yang menjurus kepada memberikan nasihat pelaburan tanpa berlesen. Ya lah, di Malaysia ni semua industri berkaitan kewangan di kuasai oleh orang pandai-pandai belaka, semuanya nak kena berlesen.
Saya telah mengambil jalan selamat, tidak lagi mahu menampilkan diri sebagai peserta aktif dalam dunia trading di Malaysia ni. Cukuplah saya buat hal sendiri bersama rakan-rakan yang rapat dengan saya. Ada juga kawan-kawan yang terkejut bila blog cikgusaha.com tu dah hilang. Oleh kerana domain nama cikgusaha.com tu agak kuat, domain tersebut telah dicilok oleh orang lain yang tidak dikenali & jika saya mahukannya semula saya kena beli daripada beliau pada harga USD69. Takpe lah, dia boleh simpan nama tu sampai bila-bila. Saya pakai blog ini pun sudah memadai kerana niat asal saya hanyalah berkongsi maklumat trading dan menyampaikan berita semasa. Bukan nak cari nama dalam dunia maya.
2.
Pejabat di Platinum Walk (PW) pun dah tiada.
Lanjutan daripada keputusan untuk menghilangkan diri daripada perhatian awam, saya dan kawan-kawan telah mengambil keputusan untuk tidak melanjutkan sewa pejabat di PW. Tempoh sewaan kami selama dua tahun tamat pada bulan May 2011 ni. Kalau ada yang nak berjumpa & berbincang dengan saya, selalunya kami pilih kedai Hayaki 24 jam di PW sebagai lokasi pejabat bergerak kami. Ruangnya selesa, ada WIFI percuma dan boleh minum-minum sambil bersembang. Orderlah kopi yang sedap sikit sebagai tanda hormat kepada tuan kedai (dan bayar sewa meja & kerusi).
3.
Kelas Forex tetap diadakan.
Sentiasa ada orang yang mahu belajar bertrading online. Saya masih menerima call dan pertanyaan tentang kelas forex, kebanyakannya adalah dari kenalan kepada rakan-rakan yang pernah menghadiri kelas saya. Insyaallah saya memang bercadang untuk mengadakan kelas hujung minggu setiap 2 bulan. Oleh kerana saya akan mengadakan kelas ini di premis sewaan, maka kelas secara bersiri yang saya pernah kendalikan sebelum ni sudah tidak praktikal. Saya akan letakkan satu menu di blog ini untuk hebahan mengenai kelas. Saya amat berbesar hati jika rakan-rakan semua dapat menyampaikan info tersebut kepada sesiapa yang berkeinginan untuk belajar ilmu trading secara serius.
4.
Capaian terhad blog ini.
Blog ini akan kekal sebagai 'private' buat masa ini khas kepada ahli dan rakan-rakan yang mengenali saya. Saya juga membuka ruang jika ada kenalan para pembaca blog ini yang mahukan 'access' ke blog ini atas dasar ingin belajar mengenai dunia trading. Hanya minta beliau contact saya melalui cikguforex@gmail.com & maklumkan emailnya untuk saya berikan laluan.
Baiklah, itu sahaja maklumat terbaru yang ingin saya sampaikan. Hingga jumpa dalam entry berikutnya.